ahlan wasahlan..marhaban bikum..

selamat datang..nilai-nilai murni yang disemai,
akan membuahkan bunga keikhlasan dalam bersahabat,
segalanya bermula disini.

Sabtu, 28 November 2009

Tahapan Berinteraksi Dengan Kalimat Syahadat
Sinopsis
Dua kalimah syahadah adalah suatu kesaksian bahawa tiada yang wajib diabdi dengan penuh cinta kecuali hanya Allah sahaja. Kemudian kesaksian bahawa Muhammad itu merupakan Rasul Allah. Syahadatain ini merupakan ruh yang melandasi keyakinan, pemikiran dan perbuatan orang-orang mukmin. Untuk merealisasikannya mukmin mesti berinteraksi dengan kandungan makna syahadatain melalui beberapa tahap iaitu cinta dan redha kepada Allah, Islam dam Rasul. Syahadatain yang didasari cinta dan redha menjadi sibgah kepada hati, akal dan jasad.
Hasyiah
1. Dua Kalimah Syahadah
Sarahan
Syahadatain perlu dipelajari dan diketahui kerana dua kalimah ini sebagai dasar bagi keseluruhan hidup manusia dan seluruh ajaran Islam.
Dalil
·         47:19, 37:35, 3:18 ungkapan Allah bahawa syahadat adalah dasar seluruh ajaran Islam
·         Hadits, ungkapan RasululLah mengenai bangunan Islam yang terdiri dari lima, menyaksikan bahawa Tiada ilah selain Allah dan bahwa Muhammad RasululLah, mendirikan sholat, menunaikan zakat, shaum di bulan ramadhan dan menunaikan hajji bagi yang mampu.
2. Cinta
Sarahan
·         Mukmin mencintai dua kalimah syahadah sehingga nilai yang menjadi kandungannya tidak diterima sebagai beban.
·         Cinta ini tumbuh dari kecintaan kita kepada Allah dan Rasul yang teramat sangat serta bara terhadap sembahan selain Allah.
·         Cinta ini dilengkapi dengan cinta kepada Rasul yang menjadi pembimbing utama menuju kecintaan Allah dan cinta kepada Islam sebagai syurut untuk mendapatkan kecintaan Allah.
Dalil
·         2:165, sikap kecintaan mukmin yang teramat sangat kepada Allah.
·         Hadits, sikap kecintaan mukmin terhadap Rasul, lebih dari mencintai ibu bapa mahupun anaknya.
·         8:2, hati mukmin bergetar ketika asma Allah disebutkan ini kerana cinta kepada Allah.
3. Redha
Sarahan
·         Redha iaitu kerelaan diri untuk menerima program Allah sepenuhnya. Redha hanya dapat lahir dari cinta yang sebenarnya.
·         Redha hanya dapat lahir dari cinta yang sebenarnya. Fenomena redha adalah kelazatan iman dalam dada. Redha wujud dalam tiga bentuk iaitu redha kepada Allah sebagai rabb, redha kepada Islam dan redha kepada Rasul.
·         Redha kepada Allah sebagai rabb. Redha kepada Allah adalah menjadikan kehendak dan kemahuan peribadi. Rela Allah sebagai pengatur, pembimbing dan pendidik yang sentiasa mencintai, melindungi dan menyayangi dirinya. Kerana itu seluruh aktiviti hidupnya ditujukan untuk mencari keredhaan Allah.
Dalil
·         76:32, erti redha terhadap Allah adalah menjadikan kemahuan Allah sebagai kemahuan kita sendiri atau tidak menghendaki apapun selain yang dikehendaki Allah terhadap kita.
·         2:207, 60:1, orang mukmin sentiasa mencari redha Allah dalam berjihad, meski pun mesti mengorbankan dirinya.
·         98:8, mereka yang beribadah dengan ikhlas akan mendapat redha Allah lihat pula 9:100.
Sarahan
·         Redha kepada Islam sebagai aturan hidup. Islam diyakini sebagai satu-satunya aturan hidup bagi dirinya. Tidak ada aturan lain. Kerana Islam adalah dien yang lengkap dan sempurna, menyelesaikan semua masalah, merupakan jalan lurus, dan membawanya kepada kebahagiaan dan keselamatan hidup.
Dalil
·         5:3, Islam adalah dien yang lengkap dan sempurna, merupakan nikmat Allah yang mengatur seluruh hidup manusia. Allah redha dengan Islam sebagai dien bagi kita maka kitapun harus redha dengan Dienul Islam, maka seluruh tuntutan Islam mesti dipenuhi dengan penuh kesedaran dan kerelaan. Lihat 3:19.
Sarahan
·         Redha kepada Rasul sebagai teladan. Dalam melaksanakan Islam maka Muhammad SAW dijadikan sebagai contoh dan ikutan. Semua langkah dan tindakan dilaksanakan sesuai dengan bimbingan Rasulullah ini. Kerana Muhammad SAW adalah manusia pilihan yang diutus Allah, insan kamil, pendidik utama yang selalu menyayangi umatnya.
Dalil
·         9:59, ciri sikap mukmin selalu mencari redha Allah dan RasulNya. 9:128-129, rasululLah sangat sesuai untuk diredhai kerana teramat sayang kepada kita.
·         4:65, keimanan seseorang ditentukan oleh kerelaanNya bertahkim kepada keputusan RasululLah tanpa keberatan dalamm menerima keputusan tersebut.
·         Hadits, tidak beriman salah seorang di antaramu sehingga hawa nafsunya mengikuti apa yang aku (Muhammad) datangkan.
·         33:21, Rasulullah adalah teladan dalam setiap aspek kehidupan.
4. Sibgah
Sarahan
·         Cinta dan keredaan kepada Allah, Rasul dan Islam mewarnai seluruh aspek kehidupan mukmin, menjadi sibgoh dalam dirinya. Sibgah adalah iman yang merasuk sampai ke tulang yang tidak dapat lepas, bersifat suci, murni dan tidak bercampur dengan syirik walaupun setitik. Seorang yang hidupnya dalam sibgah Allah seluruh hidupnya merupakan ibadah atau pengabdian kepada Allah. Untuk mengaplikasikannya sibgah diperlukan:
·         Pengenalan yang sebenarnya terhadap Allah dan interaksi denganNya dalam bentuk penghambaan
·         Pengenalan kepada Islam serta siap menghayati dan mengamalkannya baik dalam diri, keluarga, mahupun masyarakat. Islam harus diperjuangkan sehingga tegak di bumi Allah.
·         Pengenalan kepada Rasul SAW serta sedia mengikuti bentuk hidup beliau sesuai dengan kemampuan.
Dalil
·         2:138, iman sejati adalah sibgah Allah yang meliputi dirinya sibgah Allah ini menjadikan setiap perbuatannya ibadah kepada Allah.
·         6:82, iman yang sejati tidak bercampur dengan kemusyrikan meskipun sedikit. Orang yang memilikinya akan memperoleh rasa aman.
·         47:19, 20:14, pengenalan terhadap laa ilaha illa-Llah, 9:128, 18:110, pengenalan terhadap Rasul, 3:19,85, pengenalan terhadap Islam.
5. Sibgah hati
Sarahan
·         Hati yang tersibgah adalah hati yang suci, bersih dan sentiasa berhubungan dengan Allah, siap menerima pimpinan dan bimbinganNya.
·         Dalam hati ini terpancarlah aqidah yang sehat dalam keyakinan dan keimanannya.
·         Aqidah yang benar dan sehat tersebut menjadikan muslim selalu berniat ikhlas dalam setiap langkah tindakannya. Niat adalah dasar ibadah, sama ada diterima atau ditolak ibadah seorang ditentukan oleh niatnya.
Dalil
·         26:89, hati yang suci bersih siap menerima keyakinan Islam. 23:35, hati mukmin gemetar bila disebut asma Allah. 50:33 hati mukmin sentiasa bertaubat dan kembali kepada Allah.
·         Hadits, keterangan RasululLah yang menyatakan taqwa ada di dalam dada (hati) seseorang.
·         3:84, 2:136, 4:136, keyakinan yang terdapat dalam dada setiap muslim merupakan iman yang mantap.
·         Hadits, RasululLah bersabda "sesungguhnya sahnya suatu amat ditentukan oleh niat. Dan sesungguhnya setiap orang akan memperoleh sesuai yang ia niatkan".
6. Sibgah Akal
Sarahan
·         Akal tersibgah sentiasa bertafaqquh fiddien. Aktif memikirkan kejadian langit, bumi dan segala isinya, mempelajari semua fenomena alam sebagai tanda-tanda kebesaran Allah dibimbing oleh wahyuNya.
·         Dari akal yang selalu menyingkap rahsia fenomena alam ini lahirlah fikrah Islam, iaitu pemikiran atau idea yang merupakan aplikasi ajaran Islam yang bersumberkan kepada KitabulLah dan bimbingan Rasul.
·         Fikrah yang Islami menjadikan muslim memiliki suatu program yang benar dalam menghadapi kehidupan. Program kehidupannya mampu menegakkan ajaran Allah (Al Islam).
Dalil
·         3:190-191, 30:20-24, firman Allah yang mengisyaratkan pentingnya berfikir tentang tanda-tanda kekuatan Allah di alam semesta.
·         50:37, pada kejadian alam semesta banyak terdapat peringatan bagi mereka yang mahu menggunakan akalnya.
·         67:10, orang kafir menyesal di neraka kerana tidak menggunakan akalnya dengan maksima.
·         9:120, muslim bertafaqquh sesuai bidang yang diminatinya dalam rangka menegakkan dienulLah.
·         Hadits, sabda Rasul: "Barangsiapa yang Allah kehendaki menjadi baik, maka difahamkan-Nya dalam dien".
7. Sibgah Jasad
Sarahan
·         Jasad yang tersibgah sentiasa dipelihara kesihatan dan kekuatannya. Jasad ini dibangun dengan berbagai cara agar mampu mengikuti jejak hidup RasululLah SAW.
·         Dapat melakukan aktifiti atau bekerja sesuai bimbingan Allah dalam KitabuLlah. Menjadi wujud yang nyata dari aqidah dan fikrahNya.
·         Dapat melaksanakan bimbingan dan pimpinan Allah untuk individu mahupun masyarakat sesuai dengan kemampuannya. Pelaksanaan ini berdasarkan niat yang ikhlas dan program yang digariskan.
Dalil
·         2:247, syarat pemimpin dalam Al Qur'an adalah yang memiliki ilmu yang luas dan tubuh yang kuat.
·         28:26, pilihan untuk menerima amanah jatuh kepada orang yang bertubuh kuat dan terpercaya.
·         Hadits, RasululLah SAW memerintahkan "Ajarkan anak-anakmu berenang dan memanah".
·         Hadits, RasululLah menyatakan: "Mukmin yang kuat lebih dicintai Allah dari mukmin yang lemah".
Ringkasan Dalil
Tahap-tahap interaksi dengan syahadatain
·         Cinta (2:165, 8:2, 9:24)
·         Redha (2:207)
    • Kepada Allah (a, 2:207, 92:20-21, 94:8)
o        Kepada Islam (a, 3:19,85)
o        Kepada Muhammad (a, 33:21)
·         Membentuk sibgah (2:138, 4:125), dalam hati (26:89), akal (67:10), jasad (2:251)

Kalimat Allah Yang Tinggi
Sinopsis
Kalimah Allah adalah yang paling tinggi. Islam sebagai dien mempunyai konsep yang jelas, lengkap dan dapat dibuktikan kebenarannya. Sedangkan konsep atau sistem selain Islam adalah buatan manusia yang tidak lengkap, tidak jelas dan bersifat berubah atau sementara. Konsep Islam dilandasi oleh syahadatain, sedangkan selain Islam menjadi pemikiran jahiliyah dasarnya. Syahadah adalah kalimah yang tinggi yang dijadikan sebagai kalimah tauhid dan kalimah taqwa. Gambaran kalimah tauhid ini di dalam Al-Qur'an adalah kalimah toyyibah iaitu kalimah yang teguh dan kuat. Pemikiran jahiliyah sebagai landasan dari konsep selain Islam merupakan kalimat syirik yang menjadi saingan konsep dan sistem Islam. Konsep jahili berdasarkan semangat jahiliyah seperti materialisme, kapitalisme, komunisme dan isme lainnya. Isme-isme ini tidak mempunyai kekuatan sebagai kalimah khobitsah yang lemah dan tidak kuat.
1.Dua Kalimah Syahadah
Sarahan
·         Dua kalimah syahadah merupakan inti dari dienul Islam. Dasar utamanya adalah wahyu yang dalam bentuk kitab dan sunnah. Islam mengandungi ketinggian nilai yang tidak dapat dibandingkan dengan konsep, sistem dan agama lainnya.
·         Pemikiran-pemikiran jahiliyah adalah inti daripada konsep dan pandangan jahiliyah. Termasuk dalam kelompok ini adalah segala bentuk isme (faham) misalnya materialisme, komunisme, kapitalisme, nasionalisme, humanisme, idealisme dan berbagai bentuk ideologi samada bersifat lokal mahupun bersifat internasional. Dasar utamanya adalah ro'yu (akal) sahaja.
Dalil
·         3:18, pernyataan Allah tentang keesaanNya menunjukkan bahawa ini merupakan inti dari seluruh ajaran Islam.
·         42:52,55, dasar Islam adalah wahyu dan bukan ra'yu.
·         53:4, Perkataan Rasulullah sebagai salah satu sumber nilai Islam bukanlah merupakan hawa nafsu melainkan juga wahyu.
·         Hadits. Sabda Rasulullah kepada AbdulLah bin Amru bin Ash: "Tulislah, demi Allah yang jiwaku berada di tanganNya. Tidak keluar dari lidahku ini kecuali kebenaran"
·         10:36, 53:23, orang-orang kafir mengikuti isme-isme yang berdasarkan dzan dan hawa nafsu manusia.
·         6:116, konsep demokrasi adalah hawa nafsu manusia.
2. Konsep Islam vs Jahiliyah
Sarahan
·         Konsep Islam merupakan ajaran yang bersumber dari Allah yang Maha Tinggi, tanpa dicampuri oleh pemikiran manusia. Kerana Allah maha mengetahui maka Islam adalah ilmu yang dalam. Kerana Allah Maha Hidup maka Islam merupakan panduan hidup. Kerana Allah maha bijaksana, maka Islam adalah hukum-hukum yang adil dan bijaksana. Islam merupakan perwujudan sifat Allah yang membimbing dan memimpin manusia menuju kepada kebahagian yang sejati.
·         Konsep orang kafir menjadikan selain Islam sebagai panduannya misalnya pandangan bukan dari Allah, Rasul dan diennNya. Mereka merupakan orang yang bodoh (jahil) terhadap kebenaran. Keingkaran mereka menunjukkan kehinaan dan kerendahan yang tidak bererti dibandingkan dengan ketinggian Allah. Konsep hidup mereka tidak boleh diikuti oleh manusia.
Dalil
·         Hadits. Sabda Rasulullah saw, "Islam itu tinggi dan tiada yang melebihi ketingiannya".
·         2:120, petunjuk Allah yang sebenar-benarnya petunjuk. 10:35, Allah menunjukki kepada kebenaran selain Allah hanya menyesatkan. Maka Allah sahaja yang sesuai untuk diikuti.
·         6:115, kesempurnaan, ketepatan dan keadilan kalimah Allah . 54:5, kedalaman pengetahuan Allah. 86:13, kalimah Allah sangat tegas dan bukan permainan (56:12).
·         9:40, kalimah Allah yang tinggi sedangkan konsep orang-orang kafir itu rendah. 6:112, orang-orang kafir saling memberikan pandangan yang menipu manusia dengan hiasan kalimat-kalimat yang indah.
·         28:49-50, menolak kitabullah bererti mengikuti hawa nafsu. Lihat pula 33:72, 30:29. Konsep orang-orang zalim berdasarkan hawa nafsu dan kesesatan mereka.
3. Kalimah Taqwa vs Kesombongan Jahiliyah
Sarahan
·         Kalimat taqwa. Konsep Islam yang tinggi itu merupakan sumber ketaqwaan dan kebajikan. Mengucapkannya sahaja ibadah, apalagi mempelajari, menghayati dan mengamalkannya. Hanya konsep inilah yang dapat mebentuk peribadi taqwa dan akhlak mulia.
·         Kesombongan jahiliyah. Selain konsep Islam maka konsep itu adalah jahiliyah hanya berupa slogan yang menunjukkan kesombongan dan kebanggaan orang-orang yang bodoh. Tak terbukti di dalam kenyataan, hanya teori-teori kosong yang dusta. Masyarakat yang dibentuknya menjadi masyarakat yang kufur dan bergelimang dalam maksiyat.
Dalil
·         9:108, mendasari kehidupan dengan laa ilaha illa lLah diperumpamakan membangun dengan landasan taqwa.
·         2:21, 2:183, 2:178, tujuan dan penghambaan Islam adalah membentuk peribadi taqwa. Hanya dengan melaksanakan syahadatain secara murni dan hasil taqwa dapat dicapai.
·         3:133-135, contoh konsep taqwa yang disajikan oleh kitabullah. 39:3, membenarkan kitabulLah jalan menuju taqwa.
·         48:26, orang-orang kafir menanamkan kecintaan pada konsep mereka. Sedangkan Allah mewajibkan pengkajian kalimat taqwa. 43:51-54, penguasa sistem jahiliyah membanggakan kekuasaan dan kekayaan mereka untuk menipu rakyat. 40:26, penguasa berdalih stabiliti kekuasaannya menjelekkan pembawa kebenaran.
4. Kalimah Tauhid vs Kalimah Syirik
Sarahan
·         Konsep tauhid. Syahadatain dengan Islam sebagai penjelasannya merupakan konsep yang mengesakan Allah. manusia dibawa pada satu tujuan dan orientasi iaitu mencari keredhaan Allah yang Maha Esa. Konsep ini mampu menyatukan manusia dari berbagai jenis suku dan bangsa, dari berbagai latar belakang budaya dalam satu ikatan aqidah tauhid yang punya satu keinginan, tegaknya kalimat Allah yang tinggi.
·         Konsep syirik. Di dalam jahiliyah manusia saling memperbudak satu dengan lainnya, atau diperbudak oleh materi. Tujuan dan orientasi mereka bermacam-macam dan berbeza-beza. Kerananya mereka saling mengeksploitasi. Yang satu ingin menguasai yang lain. Jiwa dan kepribadian mereka berpisah, tiada ruh yang dapat melandasi kesatuan dan persatuan.
Dalil
·         3:103, dengan berpegang teguh kepada tauhidulLah ummat dapat bersatu. 21:92, Islam adalah ajaran tauhid yang memiliki hanya satu ummat. 49:13, konsep Islam tentang kesatuan manusia dengan menjadikan taqwa sebagai timbangan kemuliaan dan kehinaan manusia.
·         3:64, konsep di luar Islam hanya membawa kepada kemusyrikan, menghasilkan perbudakan antara manusia. 16:75-76, kehinaan ilah-ilah kaum musyrikin yang menjadi beban bagi penyembahnya. 39:29, gambaran orang yang berada di dalam konsep syirik dibandingkan dengan konsep tauhid. 59:.. kamu kira musuh Allah itu bersatu padahal mereka bercerai-berai.
5. Kalimah yang Baik vs Kalimah tak Baik
Sarahan
·         Konsep yang baik. Kerana membawa kepada ketaqwaan dan persatuan maka Islam merupakan konsep yang baik. Ibarat pohon yang baik, ia akan berakar di hati manusia yang suci (fitrah), kuat dan tertunjang dalam keyakinan dan keperibadian mereka. Kalimah yang baik melahirkan manusia yang membentuk peradaban mulia dan bermanfaat di dunia. Bila tiba masanya pohon Islam akan menghasilkan buah yang lezat lagi berkhasiat.
·         Konsep yang buruk. Kerana membawa kepada kekufuran dan kemaksiatan, maka jahiliyah merupakan sumber masalah bagi manusia. Ia ibarat pohon yang buruk yang telah tercabut dari akarnya, kering kontang, mudah hancur. Tidak memberikan buah kebaikan sama sekali bahkan menjadi sampah atas sumber penyakit.
Dalil
·         14:24-25, syahadatain sebagai kalimah yang baik diumpamakan Allah bagaikan pohon yang baik, akarnya tertunjang ke bumi dan batangnya menjulang ke angkasa (tertanam baik di hati manusia kerana selaras dengan fitrah). Pohon itu sentiasa memberikan buah yang baik di setiap musim kerana setiap muslim dalam berbuat baik mengharapkan redha Allah yang kekal dan pasti. Sistem tauhid ini menghasilkan manusia-manusia yang bermanfaat bagi dunia dan peradaban. Masyarakat tauhid ini tumbuh bagaikan pohon pula, lihat 48:29.
·         14:26, konsep yang buruk ibarat pohon yang buruk. Tidak tertanam dalam hati dan jiwa manusia kerana bertentangan dengan fitrah. Peribadi yang dihasilkan oleh sistem jahiliyah adalah kosong dan tidak bererti, hanya pandai bersifat lidah sahaja, berkata tetapi tidak diamalkan, lihat 2:204-205. Perumpamaan lainnya adalah kayu yang tersandar. Kelihatannya kokoh tetapi sebenarnya rapuh. Ini contoh tentang munafiqin, lihat 63:4.
6. Kukuh vs Rapuh
Sarahan
·         Stabil dan kukuh merupakan sifat Islam, tidak pernah mengalami kegoncangan. Tak lapuk dek hujan dan angin, bahkan itu akan menumbuhkan pohon Islam. Sebagai kebenaran ia ibarat arus sungai yang deras, selalu teguh berterusan dan menghantam batu karang.
·         Tidak seimbang dan rapuh merupakan sifat dienul jahiliyah. Ia selalu mengalami pasang surut, berubah dan berganti. Dapat lapuk ditelan masa. Sedikit sahaja mengalami goncangan ia akan hancur. Sebagai kebatilan ia ibarat buih di atas arus, akan lenyap dengan sendirinya.
Dalil
·         13:17, kekukuhan al haq dalam menghadapi tentangan bagaikan air arus yang berjalan terus. Hadith, Rasulullah mengumpamakan petunjuk yang dibawa oleh beliau seperti hujan dan air. Tergantung kesiapan tanah (jiwa manusia) untuk menerimanya.
·         14:27, konsepsi ini membawa keteguhan kepada orang-orang yang mengikutinya. Allah meneguhkan orang-orang beriman dengan ucapan yang teguh dalam kehidupan dunia mahupun akhirat.
·         85:6, kemenangan aqidah adalah kemenangan hakiki yang dituju orang-orang beriman dalam perjuangan.
·         13:17, kerapuhan jahiliyah bagaikan sampah, kelihatannya banyak tetapi mengikut sahaja kemana pergi.
7. Kuat vs Lemah
Sarahan
·         Kuat dan tewas, kerana teguh dan kukuh maka sebagai konsepsi Islam tidak dapat dikalahkan. Ditinjau dari sudut apa pun Islam unggul, tidak dapat ditandingi. Peradaban dan warisannya penuh prestij dan prestij kemanusiaan. Seluruh ajaran Islam memiliki kekuatan dari segi hujjah mahupun realiti. Dari itu ummat Islam harus kukuh dan kuat seperti Islam. Berizzah yang tinggi kerana prestasi yang dicapainya.
·         Lemah dan selalu kalah, kerana kegoncangan dan kerapuhannya maka jahiliyah ini sangat lemah, mudah untuk dihancurkan. Tak ada daya dan kekuatannya sama sekali. Para pengikutnya menjadi orang-orang yang paling lemah, tanpa keperibadian, kecewa dan pesimis. Tanpa prestasi dan prestij sehingga tak ada harganya sama sekali.
Dalil
·         5:3, orang-orang kafir putus asa untuk mengalahkan al Islam dari segi konsep sehingga kita tak perlu takut kepada mereka.
·         37:172-173, 5:56, jaminan Allah bagi kemenangan tenteraNya iaitu yang mengikuti sistem ini dengan sesungguhnya.
·         3:137-139, fakta sejarah yang menunjukkan kekuatan kaum beriman.
·         29:41, kelemahan sistem yang dibangun oleh konsep syirik seperti sarang laba-laba. 3:12, pernyataan Allah bahawa pengikut kebatilan pasti kalah dan tempat mereka adalah neraka jahanam.
·         16:26-27, gambaran tentang cara Allah mengancurkan kebatilan secara sistematik iaitu dengan menghabiskan asasnya terlebih dahulu. Sedangkan kehinaan mereka sangat dekat waktunya kerana akan datang setelah kematian menimpa mereka.
Ringkasan Dalil
·         Konsep Islam :
- Dasarnya syahadatain
- Kalimah Allah tinggi (
9:40)
- Kalimah berorientasikan tauhid (112:1-3)
- Merupakan kalimah taqwa (48:26)
- Kalimah yang baik (
14:24)
- Stabil (
14:24)
- Kuat (5:3, 58:21, H)

·         Konsep selain Islam :
- Dasarnya pemikiran jahiliyah
- Kalimah orang-orang kafir (
9:40)
- Kalimah berorientasikan syirik (39:64)
- Kebanggaan jahiliyah (48:26)
- Kalimah yang buruk (
14:26)
- Goncang (
14:26, 16:26)
- Lemah (29:41)


Makna Kata “Ilah”
Sinopsis
Kalimat Laa ilaaha ilaLlah tidak mungkin difahami kecuali dengan memahami terlebih dahulu ma'na ilah yang berasal dari 'aliha' yang memiliki berbagai macam pengertian. Dengan memahaminya kita mesti mengetahui motif-motif manusia mengilahkan sesuatu. Ada empat makna utama dari aliha iaitu sakana ilahi, istijaaro bihi, asy syauqu ilaihi dan wull'a bihi. Aliha bermakna abaduhu (mengabdi/menyembahnya), kerana empat perasaan itu demikian mendalam dalam hatinya, maka dia rela dengan penuh kesedaran untuk menghambakan diri kepada ilah (sembahan) tersebut. Dalam hal ini ada tiga sikap yang mereka berikan terhadap ilahnya iaitu kamalul mahabah, kamalut tadzalul, dan kamalut khudu'. Al ilah dengan makrifat iaitu sembahan yang sejati hanyalah Allah sahaja, sedangkan selain Allah adalah bathil. Maka pengertian-pengertian ma'na ilah di atas hanyalah hak Allah sahaja, tidak boleh diberikan kepada selainNya. Dalam menjadikan Allah sebagai Al Illah terkandung empat pengertian iaitu al marghub, al mahbub, al matbu', dan al marhub. Al ma'bud merupakan sesuatu yang disembah secara mutlak. Kerana Allah adalah satu-satunya Al Ilah, tiada syarikat kepadaNya, maka Dia adalah satu-satunya yang disembah dan diabdi oleh seluruh kekuatan yang ada pada manusia. Pengakuan Allah sebagai Al Ma'bud dibuktikan dengan penerimaan Allah sebagai pemilik segala loyalti, pemilik ketaatan, dan pemilik hukum.
Hasiyah
1.Aliha
Syarah
·         Mereka tenteram kepadanya (sakana ilaihi) iaitu ketika ilah tersebut diingat-ingat olehnya, ia merasa senang dan manakala mendengar namanya disebut atau dipuji orang ia merasa tenteram.
·         Merasa dilindungi oleh-Nya (istijaaro bihi), kerana ilah tersebut dianggap memiliki kekuatan ghaib yang mampu menolong dirinya dari kesulitan hidup.
·         Merasa selalu rindu kepadanya (assyauqu ilaihi), ada keinginan selalu bertemu dengannya, samada berterusan atau tidak. Ada kegembiraan apabila bertemu dengannya.
·         Merasa cinta dan cenderung kepadanya (wull'a bihi). Rasa rindu yang menguasai diri menjadikannya mencintai ilah tersebut, walau bagaimanapun keadaannya. Ia selalu beranggapan bahawa pujaannya memiliki kelayakan dicintai sepenuh hati.
Dalil
·         Perkataan orang Arab: 'saya merasa tenteram kepadanya', 'si fulan meminta perlindungan kepadanya', 'si fulan merasa rindu kepadanya', 'anak itu cenderung kepada ibunya'.
·         10:7-8, manusia yang mengilahkan kehidupan dunia merasa tenteram dengan hidup dunia. 7:138, bani Israel yang bodoh menghendaki adanya ilah yang dapat menenteramkan hati mereka.
·         72:6, manusia memperilah jin dengan meminta perlindungan kepadanya. 36:74-75, orang-orang musyrik mengambil pertolongan dari selain Allah padahal semuanya tidak dapat menolong kita, lihat 7:197.
·         2:93, 20:91, bani Israel larut dalam kerinduan yang berlebihan terhadap ijla (anak lembu) yang dijadikannya ilah. 26:71, para penyembah berhala sangat tekun melakukan pengabdian kerana selalu rindu padanya.
·         29:25, berhala-berhala adalah menyatukan bangsa yang sangat disenangi oleh orang-orang musyrik. 2:165, tandingan (andad) merupakan sembahan-sembahan selain Allah yang dicintai oleh orang-orang musyrik sama dengan mencintai Allah kerana mereka sangat cenderung atau dikuasai olehnya.
2.Abadahu
Syarah
·         Dia amat sangat mencintainya (kamalut mahabbah), sehingga semua akibat cinta siap dilaksanakannya. Maka diapun siap berkorban memberi loyalti, thaat dan patuh dan sebagainya.
·         Dia amat sangat merendahkan diri di hadapan ilahnya (kamalut tadzulul). Sehingga menganggap dirinya sendiri tidak berharga, sedia bersikap rendah serendah-rendahnya untuk pujaannya itu.
·         Dia amat sangat tunduk, patuh (kamalul khudu'). Sehingga akan selalu mendengar dan thoat tanpa reserve, serta melaksanakan perintah-perintah yang menurutnya bersumber dari sang ilah.
Dalil
·         Perkataan orang Arab aliha adalah abadahu. Seperti aliha rajulu ya-lahu (lelaki itu menghambakan diri pada ilahnya)
·         39:45, orang kafir yang menjadikan sesuatu selain Allah sebagai ilahnya demikian senangnya apabila mendengar nama kecintaannya serta tidak suka apabila nama Allah disebut. Hadits, sabda Rasulullah SAW, 'Celakalah hamba dinar (wang emas), celakalah hamba dirham (wang perak), celakalah hamba pakaian (mode). Kalau diberi maka ia redha, sedangkan apabila tidak diberi maka iaakan kesal. Ini disebabkan kecintaan yang amat sangat terhadap barang-barang tersebut.
·         36:60, orang-orang kafir pada hakikatnya mengabdi kepada syaithan yang memperdaya mereka. 6:137, orang-orang kafir demikian patuhnya sehingga bersedia membunuh anak-anaknya untuk mengikuti program ilah-ilah sembahannya.
3.Al Ilah
Syarah
·         Al Marghub iaitu dzat yang sentiasa diharapkan. Kerana Allah selalu memberikan kasih sayangNya dan di tangan-Nyalah segala kebaikan.
·         Al Mahbub, dzat yang amat sangat dicintai kerana Dia yang berhak dipuja dan dipuji. Dia telah memberikan perlindungan, rahmat, dan kasih sayang yangberlimpah ruah kepada hamba-hambaNya.
·         Al Matbu' yang selalu diikuti atau ditaati. Semua perintahNya siap dilaksanakan dengan segala kemampuan sedang semua laranganNya akan selalu dijauhi. Selalu mengikuti hidayah atau bimbinganNya dengan tanpa pertimbangan. Allah sahaja yang sesuai diikuti secara mutlak, dicari dan dikejar keredhaan-Nya.
·         Al Marhub, sesuatu yang sangat ditakuti. Hanya Allah sahaja yang berhak ditakuti secara syar'i. Takut terhadap kemarahanNya, takut terhadap seksa-Nya, dan takut terhadap hal-hal yang akan membawa kemarahanNya. Rasa takut ini bukan membuat ia lari, tetapi membuatnya selalu mendekatkan diri kepada Allah.
Dalil
·         2:163-164, Allah adalah ilah yang esa tiada ilah selain Dia, dengan rahmat dan kash sayangNya yang teramat luas.
·         2:186, 40:60, 94:7-8. Hanya Allahyang sesuai diharap kerana Ia maha memberi atau mengabulkan do'a hambaNya. 21:90-91, orang-orang mukmin menghambakan diri kepada Allah dengan harap dan cemas.
·         2:165, Allah adalah kecintaan orang yang mukmin dengan kecintaan yang amat sangat. 8:2, sehingga ketika disebut nama Allah bergetar hatinya. 9:24, Allah berada di atas segala kecintaan.
·         51:50, perintah Allah untuk bersegera menuju Allah kerana hanya Allah sahaja yang sesuai diikuti. 37:99, menuju Allah untuk memperoleh bimbingan dan hidayahNya untuk diikuti.
·         2:40, 9:13, 33:39, hanya Allah sahaja yang sesuai ditakuti dengan mendekatkan diri kepadaNya.
4.Al Ma'bud
Syarah
·         pemilik kepada segala loyaliti, perwalian atau pemegang otoriti atas seluruh makhluk termasuk dirinya. Dengan demikian loyaliti mukminin hanya diberikan kepada Allah dengan kesedaran bahawa loyaliti yang diberikan pada selainNya adalah kemusyrikan.
·         Pemilik tunggal hak untuk ditaati oleh seluruh makhluk di alam semesta. Mukmin meyakini bahawa ketaatan pada hakikatnya untuk Allah sahaja. Seorang mukmin menyedari sepenuhnya bahawa mentaati mereka yang mendurhakai Allah adalah kedurhakaan terhadap Allah.
·         Pemilik tunggal kekuasaan di alam semesta. Dialah yang menciptakan dan berhak menentukan aturan bagi seluruh ciptaanNya. Maka hanya hukum dan undang-undangNya sahaja yang adil. Orang mukmin menerima Allah sebagai pemerintah dan kerajaan tunggal di alam semesta dan menolak kerajaan manusia.
Dalil
·         109:1-6, pernyataan mukmin bahawa pengabdiannya hanya untuk Allah sahaja dan sekali-kali tidak akan mengabdi selainNya. 16:36, Rasul diutus dengan risalah pengabdian pada Allah sahaja dan menjauhi segala yang diabdi selain Allah. 2:21, perintah Allah untuk mengabdi kepadaNya sahaja dengan tidak mengambil selain Allah sebagai tandingan-tandingan.
·         7:196, pernyataan mukmin bahawa wali (pemimpin) nya hanya Allah sahaja. 2:257, berwalikan kepada Allah melepaskan manusia dari kegelapan jahiliyah menuju cahaya Islam.
·         7:54, hak menciptakan dan hak memerintah hanyalah milik Allah. mukmin hanya mengakui kerajaan Allah. hadits, mukmin hanya akan taat pada sesuatu yang diizinkan Allah, Rasul dan ulil amri. Mukmin tidaklah akan mentaati perintah maksiyat kepada Allah.
·         12:40, hak menentukan hukum dan undang-undang hanyalah hak Allah. 24:1, Allah mewajibkan manusia melaksanakan hukum-hukumNya. 5:44, 45, 47 mereka yang menolak aturan atau hukum Allah adalah kafir, zalim dan fasik. Ini ertinya pemerintahan Allah sahaja yang boleh tegak sedang pemerintahan manusia adalah batil.
Ringkasan
·         Kandungan makna (aliha, ya-lahu, Ilahan):
- Merasa tenang padanya (10:7)
- Selalu rindu padanya (7:138)
- Melindungi diri padanya (72:6)
- Mencintainya (2:165)

·         (Aliha) membawa erti (Abadahu):
- Sempurna mencintai
- Sempurna menghinakan diri
- Sempurna menundukkan diri

·         Kandungan kata (Al-Ilah):
- Yang diharapkan
- Yang diikuti
- Yang ditakuti
- Yang dicintai

·         (al-Ilah):
- Yang layak diberikan kepadanya wala'
- Yang wajib diberikan kepadanya ketaatan
- Yang wajib diberikan kepadanya authoriti